Jul 15, 2004

Kisah short sem..dan akademi fasilitator

Alhamdulillah..pagi yang indah membenarkan aku menatap bumi Tuhan, bernafas dan tersenyum menikmati segala yang tersedia. Sehening subuh (walau dah agak lewat) aku dah berada di court badminton ngan seorang sahabat. Main punya main,angah tiba-tiba call. Heh! Aku terberi no akaun bank yang salah kat ayah..(Ouh yer!Ayah nak masuk duit) Actually aku dah nak bankrupt, yelah short sem mane ade income..terpakse lah jugak buat pinjaman kat fama.(mak ayah punye bank) Pinjaman?Yeah…kami dah belajar istilah ni sedari mengenal duit…jadi agak berhati-hati bila nak berbelanja (walau terkadang exceed gak) Mak kate kat kitorang adik beradik, “tu sume cam saham pelaburan, nanti kena bayar semula” Memula aku mmg tak faham sangat dan selalu plak menceceh sensorang, ‘bila mase plak aku berhutang ngan mak dan apsal kena bayar balik..?” Puas mencanai soalan, dan akhirnya aku faham maksud mak. Memang tanggungjawab mereka nak beri itu ini kat anak-anak, dan jarang plak yang memberi ‘warning’ yg begitu sekali cam yg mak aku buat. Jadi peringatan yg mak beri sebenarnya buat aku rase lebih bertanggungjawab dan mula memikir tentang mase depan. Macam mane sebelum grade aku dah bleh ade duit sendiri? Fening kefala ana...PTPTN wooo!

Bisnes kat U? Erm naik busan aku menghitung,mencongak..tak berkesan yang banyak dalam hidup aku ni. (Aku blom pon involve ngan memane bisnes..heh!)Memang aku telah banyak kali dilobi ngan pelbagai jenis bisnes tapi aku sendiri rase kurang yakin dan tak pandai nak bermula. Komitmen beb! Itu yang agak sukar,nak kena attend depa punye function…aku tak terkejar. In fact, aku ni pon ngah menyusun mase dan terlibat gak ngan 2-3 menda kat U ni.Isk…aku kena fikir jalan, bukan alasan dan yg paling penting ialah bertindak bukan hanya merancang, betulkan?

Ari tu aku berkesempatan pergi temuduga utk jadi fasilitator ngan sebuah syarikat. Pas 2 interview, aku rase cam tak bape confident,tapi nun jauh kat sudut hati…benda ni tak pula menekan sangat. Sungguh,aku ade letak sedikit keyakinan utk menjadi ‘the chosen one’ …namun nampak saingan agak sengit. Bila melalui interview camtu baru nampak jelas yg aku punya banyak kelemahan, ilmu pon tak seberapa. Memula ade rase rendah diri tapi aku MINAT ngan program camni dan aku nekad utk meneruskan langkah. Interview ketiga betul2 menguji…aku hilang arah dan keliru. Tak terucap sepatah kate utk aku gambarkan kebingungan aku mase tu. Aku rase sedih,kecewa sebab tetiba jadi blank..of course aku tak dapat perform ngan baik. Aku betul-betul sebak. Aku cuba kuat…aku balik dan mencari sahabat, pada mereka kucurahkan segalanya..perlahan-lahan aku mula bangkit dan memberi semangat pada diri. Aku cuba fikir positif dan bila terkenang kalam Allah (surah ar Rad:28) aku mulai tenang. Aku mula menulis,melampias rase hati dalam kata puisi..carik balik cause, effect dan Alhamdulillah,berkesan.

Bangun pagi esoknya aku dah mampu tersenyum,betul-betul positif, thank you Allah..mekasih kawan-kawan.Aku dapat kekuatan semula.Akhirnya, aku hadiri interview yg terakhir dan aku kini tak menyimpan angan setinggi langit, cukup jika aku kata aku akan redha ngan sebarang keputusan..itu menjadikan aku lebih bersemangat. Nah, di situ aku benar-benar rase bersyukur, terlalu takjub dengan kuasa Tuhan..aku mungkin bukan yang terbaik tapi dalam diri,aku cuba membentuk jiwa dan hati yang baik, menjadi seseorang yang punya nilai terbaik. Bagi aku bila duduk dalam saingan kita tak perlu nak rase terlalu hebat dengan kebolehan kita kerana mungkin ade yg lebih baik dari kita. One more thing, tak perlu mengejar darjat dan nama di sisi manusia..buat ape jadi terkenal di sisi makhluk lain…baik berusaha menjadi abid Allah,mendapat tempat di sisi rabbul ‘alamin.

Segala perkara baik…isk! Terlalu banyak kekangannya.Yeah..itu bukan mudah namun, seperti pernah aku katakan..kita semua yang perlu bertanggungjawab utk melatih diri dan mentarbiah hati. Andai diberi sebarang peluang, itu yang perlu digunakan. Aku sendiri agak lalai dan selalu hidup terbuai dengan kehidupan ini. Ermm..kala aku sedih dan bingung, DIA ada utk kusandarkan jiwa kosong.Benarlah dengan mengingati Allah,hatikan menjadi tenang. Terfikir juga tabiat hakiki manusia, bila dah susah baru nak ingatkan Rab,tapi kala senang mereka hanyut…aku?!..(huhu)

Akhirnya,di sebalik harapan yang agak sederhana,aku telah terpilih untuk menjadi sebahagian dari fasilitator oleh syarikat terbabit.Alhamdulillah. Diri..tak mengapa jika gagal kerana kita akan lebih kreatif utk mencungkil bakat dan berfikir dengan lebih baik utk menjadi yang terbaik. Hati..manusia takkan belajar jika kejayaan sering meneman.Aku belajar banyak dari keperitan lalu dan yang pasti hidup takkan sepi dari tribulasi. Hakikat kehidupan bukan seringnya ceria,warnanya kadang cerah dan gelita. Apa terjadi, hidup mesti diteruskan berpaksi iman dan matlamat yang hakiki. Bertemu di lain waktu,salam bahagia.

No comments: